Dasar Privasi TapakRun
Privacy Policy · oleh / by Appcademy
Bahasa Melayu
Dasar ini menerangkan cara TapakRun (aplikasi Android com.tapakrun.appcademy dan laman web tapakrun.appcademy.app), dibangunkan oleh Appcademy di Malaysia, mengendalikan data anda. Kami cuba kumpul sesedikit mungkin, ikut semangat Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
1. Data yang disimpan dalam peranti anda
Kemajuan game, tetapan, koleksi dan nama panggilan disimpan secara setempat dalam peranti (storan aplikasi). Ia tidak dihantar kepada kami kecuali seperti di bawah. Memadam data aplikasi atau menyahpasang akan membuangnya.
2. Data yang dihantar ke pelayan kami
- Papan pendahulu (leaderboard) & kerjaya: bila anda serah projek atau tamatkan Projek Kilat Harian — nama panggilan yang anda taip (maks. 14 aksara, ditapis), skor, gred, gelaran penamat projek, hari lewat, jenis projek, peranan, tahap kesukaran, XP, keputusan Projek Kilat Harian (tarikh, skor, tugas siap/terlepas), gelaran profesional dalam game ("Ir." / "Ar."), bilangan anugerah syarikat dalam game, satu ID peranti rawak, gaya avatar dalam game yang anda pilih ("Gaya Aku": rupa watak, warna helmet, pelekat & aksesori — bukan gambar, kami tidak pernah menerima muat naik foto) dan bilangan hari streak harian anda. Nama panggilan, skor, gelaran, gaya avatar, anugerah & streak dipaparkan secara umum.
- Statistik permainan tanpa nama: ID rawak yang dijana dalam peranti (tidak dikaitkan dengan identiti anda), jenis platform (Android/iOS/komputer), cara anda sampai (contoh: Threads, terus), skrin yang dibuka, peristiwa permainan (contoh: mula/siap projek & syif, Projek Kilat Harian, streak, Ronda Subuh, kenaikan pangkat, anugerah & markah peperiksaan profesional dalam game, suis Bahasa Mudah, petua yang digunakan, mini-game yang diulang & keputusannya, bahasa dipilih, OT malam, pengumuman dilihat/ditutup, langkah pertama pemain baharu seperti skrin pembuka dilihat & butang MAIN ditekan, kongsi & pasang app) dan tempoh bermain. Tujuan: memahami bahagian mana yang mengelirukan supaya game boleh diperbaiki. Anda boleh mematikannya di Tentang → Statistik; isyarat Global Privacy Control dihormati.
- Keselamatan: alamat IP diproses seketika dan hanya disimpan sebagai cincangan sehala (hash) untuk had kadar dan mencegah penyalahgunaan.
Data mentah statistik (peristiwa & sesi) disimpan maksimum 120 hari; selepas itu hanya ringkasan kecil bagi setiap ID statistik rawak (hari pertama & terakhir dilihat, hari aktif, jumlah masa bermain, platform, cara sampai) dan jumlah harian dikekalkan. Rekod papan pendahulu kekal sehingga anda minta dipadam.
3. Iklan (aplikasi Android)
Aplikasi Android memaparkan iklan sepanduk melalui Google AdMob. Google boleh mengumpul ID Pengiklanan, alamat IP, maklumat peranti dan interaksi iklan untuk memaparkan, mengukur dan (jika dibenarkan) memperibadikan iklan. Di kawasan yang memerlukannya, borang persetujuan Google dipaparkan dan boleh diubah semula dalam tetapan game. Anda juga boleh menetapkan semula atau memadam ID Pengiklanan di Tetapan Android → Privasi → Iklan. Ketahui lanjut: Cara Google menggunakan data.
4. Laporan ranap (aplikasi Android)
Kami menggunakan Firebase Crashlytics (Google) untuk menerima laporan bila aplikasi ranap: jejak ralat, model peranti, versi Android, versi aplikasi dan ID pemasangan. Ia digunakan hanya untuk membaiki pepijat. Privasi Firebase.
5. Peringatan (notifikasi)
Peringatan harian hanya aktif jika anda bersetuju. Ia dijadualkan terus dalam peranti; tiada token push dihantar kepada kami. Boleh dimatikan dalam game atau di tetapan Android.
6. Kebenaran Android
| Kebenaran | Kenapa |
|---|---|
| Internet | Papan pendahulu, statistik, iklan |
| Notifikasi | Peringatan harian (hanya jika anda pilih) |
| ID Pengiklanan (AD_ID) | Iklan AdMob |
| Getaran | Maklum balas sentuhan dalam game |
| Status rangkaian, mula semula selepas but, kunci jaga (wake lock), servis latar depan, API iklan Android (Privacy Sandbox) | Kebenaran biasa yang ditambah secara automatik oleh Google Mobile Ads, Firebase dan pustaka peringatan: semak sambungan sebelum memuat iklan, pasang semula peringatan selepas telefon dihidupkan semula, dan hantar laporan ranap. Tiada dialog kebenaran dan tiada data tambahan dikumpul. |
Kemajuan game (projek tersimpan, kerjaya, koleksi, tetapan) disimpan dalam peranti dan boleh disandarkan oleh Android ke akaun Google anda sendiri (Sandaran Android), supaya tidak hilang bila tukar telefon. Kami tidak dapat melihat sandaran ini.
7. Perkongsian data
Kami tidak menjual data anda. Data hanya dikongsi dengan penyedia perkhidmatan di atas (Google AdMob, Firebase) dan pelayan yang kami sewa, atau jika diwajibkan undang-undang.
8. Kanak-kanak
TapakRun tidak ditujukan kepada kanak-kanak bawah 13 tahun dan kami tidak sengaja mengumpul data mereka. Jika anda percaya kanak-kanak telah menghantar data, hubungi kami untuk dipadam.
9. Hak anda
Anda boleh meminta akses, pembetulan atau pemadaman data (contohnya rekod papan pendahulu) dengan menghantar emel kepada kami beserta nama panggilan dan anggaran tarikh bermain. Kami akan membalas dalam 30 hari.
10. Keselamatan & perubahan
Semua sambungan menggunakan HTTPS. Jika dasar ini berubah, tarikh di atas akan dikemas kini dan perubahan besar akan dimaklumkan dalam game.
Hubungi kami
Appcademy · [email protected]
English
This policy explains how TapakRun (the Android app com.tapakrun.appcademy and the website tapakrun.appcademy.app), developed by Appcademy in Malaysia, handles your data. We collect as little as possible, in line with Malaysia's Personal Data Protection Act 2010 (PDPA).
1. Data stored on your device
Game progress, settings, collections and your nickname are stored locally on your device (app storage). They are not sent to us except as described below. Clearing app data or uninstalling removes them.
2. Data sent to our server
- Leaderboard & career: when you hand over a project or finish the Daily Challenge (Projek Kilat Harian) — the nickname you type (max 14 characters, filtered), score, grade, the project's ending title, days late, project type, role, difficulty, XP, Daily Challenge results (date, score, tasks done/missed), your in-game professional title ("Ir." / "Ar."), your number of in-game company awards, a random device ID, the in-game avatar style you choose ("Gaya Aku": character look, helmet colour, stickers & accessories — not a photo; we never accept photo uploads) and your daily streak count. Nicknames, scores, titles, avatar style, awards & streak are shown publicly.
- Anonymous gameplay statistics: a random ID generated on your device (not linked to your identity), platform type (Android/iOS/desktop), how you arrived (e.g. Threads, direct), screens opened, game events (e.g. project & shift start/finish, the Daily Challenge, streaks, the dawn patrol, in-game promotions, awards & professional exam marks, the Simple Language switch, hints used, mini-games retried & their results, the language chosen, night overtime, announcements seen/closed, a new player's first steps such as the welcome screen seen & Play tapped, shares & app installs) and play time. Purpose: understanding what confuses players so we can improve the game. You can turn this off in Tentang → Statistik; Global Privacy Control signals are honoured.
- Security: your IP address is processed transiently and stored only as a one-way hash for rate limiting and abuse prevention.
Raw statistics (events & sessions) are kept for at most 120 days; after that only a small summary per random statistics ID (first & last day seen, active days, total play time, platform, how you arrived) and daily totals remain. Leaderboard records are kept until you ask us to delete them.
3. Advertising (Android app)
The Android app shows banner ads through Google AdMob. Google may collect the Advertising ID, IP address, device information and ad interactions to serve, measure and (where permitted) personalise ads. Where required, Google's consent form is shown and can be changed later in the game's settings. You can reset or delete your Advertising ID in Android Settings → Privacy → Ads. Learn more: How Google uses data.
4. Crash reports (Android app)
We use Firebase Crashlytics (Google) to receive reports when the app crashes: stack traces, device model, Android version, app version and an installation ID. It is used only to fix bugs. Firebase privacy.
5. Reminders (notifications)
Daily reminders are only active if you agree. They are scheduled on your device; no push token is sent to us. You can turn them off in the game or in Android settings.
6. Android permissions
| Permission | Why |
|---|---|
| Internet | Leaderboard, statistics, ads |
| Notifications | Daily reminders (only if you opt in) |
| Advertising ID (AD_ID) | AdMob ads |
| Vibrate | Haptic feedback in the game |
| Network state, run at startup (boot completed), wake lock, foreground service, Android ad services APIs (Privacy Sandbox) | Normal permissions added automatically by Google Mobile Ads, Firebase and the reminder library: check the connection before loading an ad, restore reminders after the phone restarts, and send crash reports. No permission dialog and no extra data is collected. |
Game progress (saved project, career, collection, settings) is stored on your device and may be backed up by Android to your own Google account (Android Backup) so it survives a phone change. We cannot see this backup.
7. Sharing
We do not sell your data. It is shared only with the service providers above (Google AdMob, Firebase) and our hosting provider, or when required by law.
8. Children
TapakRun is not directed at children under 13 and we do not knowingly collect their data. If you believe a child has sent us data, contact us and we will delete it.
9. Your rights
You may request access, correction or deletion of your data (for example leaderboard records) by emailing us with your nickname and roughly when you played. We will reply within 30 days.
10. Security & changes
All connections use HTTPS. If this policy changes, the date above will be updated and significant changes will be announced in the game.
Contact
Appcademy · [email protected]